Jom ke Prasekolah

Selamat datang ke Prasekolah Gemilang SK. Tanjong Bunga, 17030 Pasir Mas.

Friday 7 October 2011

ABC Song

Pendidikan Prasekolah


Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Fokus


Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah.


VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM  melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah


BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.


MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;

1.    Guru Lepasan Diploma

2.    Guru Siswazah